Monday, November 10, 2008

Kereta Cermin Gelap

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang memohon untuk dikecualikan daripada penguatkuasaan peraturan cermin gelap pada kenderaan mereka atas alasan keselamatan dan kesihatan, mesti mengemukakan sokongan bukti yang disahkan pihak berkuasa atau pengamal perubatan berkaitan.Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, berkata langkah itu bertujuan memastikan tiada penyalahgunaan dan beliau sudah mengarahkan pegawai kementerian menghubungi pihak berkuasa berkaitan bagi memperkemas amalan sedia ada, terutama berhubung surat permohonan pengecualian yang diterimanya daripada pemilik kenderaan.

"Saya ingin menegaskan, permohonan pengecualian atas alasan kesihatan yang dinyatakan pemohon sendiri tidak akan dilayan. Saya mahu perkara ini dilakukan secara lebih profesional, bermakna jika pemohon memberi alasan kesihatan sebagai rasionalnya, ia mesti ada sokongan bukti atau sijil perubatan yang dikeluarkan pengamal perubatan relevan, bukan pengamal am."Bagi alasan keselamatan pula, ia mesti diperiksa oleh polis," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Graduasi Ke-2 Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya di sini, semalam.Sambil menjelaskan pihaknya akan melayan permohonan melanjutkan tempoh sah bagi kes sedia ada, Ong bagaimanapun berkata, beliau sudah mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengeluarkan kenyataan komprehensif mengenai peraturan baru dan perkembangan terkini penggunaan cermin gelap pada kenderaan, minggu depan.

Beliau berkata, ramai yang salah faham bahawa cermin gelap boleh mengurangkan tahap ketelusan cahaya atau sinaran matahari, sekali gus mengurangkan bahang dalam kenderaan.
"Hakikatnya, tidak. Bahang matahari (dalam kenderaan) tidak dapat dikurangkan melalui penggunaan cermin gelap. Ini bukan saya yang cakap tetapi adalah hasil kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dan juga institusi antarabangsa," katanya

No comments: