Monday, November 10, 2008

Peraturan cermin gelap ikut Singapura

Oleh JAMDI NASIRKOTA KINABALU 12 Sept. - Kerajaan akan menyeragamkan peraturan berkaitan pemasangan cermin gelap pada kenderaan di negara ini berdasarkan piawaian antarabangsa yang diguna pakai di Singapura dan Thailand.Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Lajim Ukin berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah bersetuju supaya penyeragaman dibuat untuk memudahkan pemilik kenderaan di ketiga-tiga buah negara itu berulang-alik tanpa berhadapan risiko disaman.''Dengan penyeragaman itu kelak, pemilik kenderaan boleh memasang cermin gelap mengikut spesifikasi standard tanpa perlu mendapat kelulusan Menteri Pengangkutan seperti peraturan pada masa kini," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) di Bangunan USIA Pusat, Sembulan di sini malam tadi.Akta Kenderaan Bermotor 1991 yang diguna pakai pada masa ini menetapkan pemilik kenderaan bermotor di negara ini perlu memiliki kadar ketelusan cahaya 70 peratus bagi cermin hadapan dan 50 peratus bagi cermin tingkap belakang dan tepi.Lajim berkata, proses penguatkuasaan undang-undang baru membabitkan kerjasama antara tiga negara itu juga sedang dalam perbincangan.Beliau memberitahu, pihaknya juga belum mendapat butiran terperinci mengenai kadar ketelusan cermin gelap yang diguna pakai di Singapura dan Thailand pada masa ini.Sementara itu, Lajim turut mengingatkan pihak pengeluar kenderaan di negara ini agar sentiasa mematuhi piawaian yang bakal diumumkan bagi mengelak kerumitan di kalangan pengguna.

No comments: